Welcome to
Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga akhirnya.
Posted on Friday, October 23 @ 13:46:26 MYT
Topic: Berita



Hadis nabi menyebut bahawa “perasuah” dan “penerima rasuah”, (ar-Rasyi wal Murtasyi) kedua-duanya berada dalam neraka.

Sabda Nabi SAW : ertinya " Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.." ( Riwayat Muslim, 3/85 ).  


Amat mendukacitakan bilamana rakyat didedahkan tentang pihak yang telah menyalahgunakan,  serta membuat penipuan dalam pembelian barang-barang oleh jabatan kerajaan sepertimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Kelmarin, Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh.


Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang ‘tidak masuk akal’ bagi tahun 2008.

Malah, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.

Hasil penemuan mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter.

"Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertawbat)" (Riwayat al-Hakim, sohih menurut al-hakim dan disepakati oleh az-Zahabi ; Albani : Ianya lemah )

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (188)

(Surah al-Baqarah: 188)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)....” (42)

(Surah al-Ma’idah: 42)

Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ancaman terhadap rasuah ini bukan sahaja kepada pemberi dan penerima malahan juga kepada orang tengah atau pengantara perbuatan rasuah tersebut. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Tsauban Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam melaknat pemberi rasuah, penerima dan pengantara yakni yang menjadi penghubung antara keduanya.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”

(Hadis riwayat ath-Thabrani)

Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Humaid as-Sa‘idiy:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hadiah-hadiah para petugas (‘Amil) adalah khianat.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Harga-harga barangan yang keterlaluan di jabatan-jabatan kerajaan dan institusi pengajian tinggi itu sudah pasti satu penipuan kerana harganya dinaikkan ke tahap yang tidak masuk akal.

Penipuan sudah tentu membuatkan orang yang menipu itu berdosa.  Makan pula duit dari penipuan itu adalah duit haram.  Jadi jangan hairanlah jika ibubapa yang memberikan anak-anak mereka makan hasil dari duit haram ini perangainya pun suka membantah ibubapa sendiri kerana makan dari duit tak halal.


 
Related Links
· More about Berita
· News by pu3saadong


Most read story about Berita:
Sumpah Ezam : Anwar bukan muslim yang baik


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.14 Seconds