Welcome to
Isu Hot Politik Malaysia :: View topic - ANWAR BEBAS KES LIWAT KERANA TEKNIKAL SAHAJA!!
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

ANWAR BEBAS KES LIWAT KERANA TEKNIKAL SAHAJA!!
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Isu Hot Politik Malaysia Forum Index -> Politik Negara
View previous topic :: View next topic  
Author Message
zorro
Moderator
Moderator


Joined: May 31, 2007
Posts: 1744

PostPosted: Mon Feb 25, 2008 10:36 pm    Post subject: ANWAR BEBAS KES LIWAT KERANA TEKNIKAL SAHAJA!! Reply with quote

Ramai yg masih keliru bila anwar dibebas kan...ada yg berkata konon nya kebenaran telah terbukti bahawa anwar bebas diatas kesalahn LIWAT!! Benar kah anwar bebas kerana dia benar2 tidak bersalah?? Bukan kah selama ini dia telah terbukti bersalah kerena meliwat???

Empat hakim dah kata dia salah...tp bila sampai kepada rayuan tertinggi kerana 2 dari 3 hakim yg bersidang kata bukti kepada anwar agak longgar..apa yg longgar itu??

Di sini aku turun kan kata2 hakim yg bebaskan anwar dan yg terus kata Anwar bersalah kerena meliwat!!!!

2 Hakim yg membebaskan anwar iaitu Datuk abdul Hamid Muhamad dan Tengku Datuk Baharudin shah tengku Mahmud membuat ulasan begini
" Walau pun mahkamah mendapati keterangan yg mengesahkan Anwar dan sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan mendorong untuk mempercayai bahawa perbuatan meliwat itu mmg berlaku (di Tivolli Villa) Tetapi mahkamah hanya boleh mensabit kan mereka sekira nya pehak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah berdasarkan penerangan yang diterima..."

" Oleh itu kami, membenarkan rayuan kedua2 pihak perayu (Anwar dan Sukma) untuk mengenepikan sabitan dan hukuman"

Sementara hakim yg tetap memutuskan anwar bersalah iaitu Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain pula berkata.

" Walau pun terdapat percangahan dalam keterangan saksi(Azizan) berhubung dengan tarikh kesalahan itu dilakukan, namun itu tidak sewenang2 nya menjadikan Azizan seorang saksi yg tidak boleh dipercayai dam keseluruhan keterangan mengenai cerita nya tidak dapat diterima. Percangahan ini tidak memudarat kan kes pendakwaan memandangkan dalam kesalahan kes tersebut, tarikh bukan nya intipati penting dalam pertuduhan.."
" Oleh itu, saya dengan ini menolak rayuan kedua2 perayu dari disabitkan di atas tuduhan2 yang dikenakan terhadap mereka.."

Jika kita baca pd keseluran penghakiman ke 3 hakim itu maka kita dapat simpul kan pembebasan anwar merupa kan pembebasan teknikal sahaja tetapi yg sebenar nya anwar tetap meliwat!
Back to top
View user's profile Send private message
pu3saadong
Moderator
Moderator


Joined: Jun 07, 2007
Posts: 4078

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 9:51 am    Post subject: Reply with quote

Mat Sabu tu pun panggil Anwar tu al juburi.... Kalau tu panggilan yang salah, kenapa dia tak minta maaf pada Anwar?

Jangan bersandiwara la.... Semua orang tahu PAS akan halalkan apa sahaja untuk menang pilihanraya....
Back to top
View user's profile Send private message
pu3saadong
Moderator
Moderator


Joined: Jun 07, 2007
Posts: 4078

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 2:56 pm    Post subject: Reply with quote

Macam ada kes orang yang sapu bini orang tu ke? Yang lepas dari kes khalwat tu la.... Bilik 121! Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
gapogak
Newbie
Newbie


Joined: Feb 17, 2008
Posts: 191

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 5:10 pm    Post subject: Reply with quote

ajaran syiah boleh buat macam tu ker? Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
landak
Moderator
Moderator


Joined: Jun 14, 2007
Posts: 1596

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 5:14 pm    Post subject: Reply with quote

hehhee..penibai bini orang ni mana tahu halal dan haram...

anwar al ibrahim mmg sah seorang peliwat yang unggukl diMalaysia, masakan tidak dengan mendapat sokongan dari parti Pas yang kononnya berteraskan islam dia mampu untuk menyebarkan budaya gay keseluruh malaysia ....hehehhehe

Yang tak percya masyarakat gay di malaysia menyokong penuh agenda anwar dalam hak samarata dan kebebesan...
Back to top
View user's profile Send private message
zorro
Moderator
Moderator


Joined: May 31, 2007
Posts: 1744

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 5:16 pm    Post subject: Reply with quote

Quote:
pu3saadong = "Macam ada kes orang yang sapu bini orang tu ke? Yang lepas dari kes khalwat tu la.... Bilik 121! Laughing"


Isu ini kita perlu terus hangat kan agar manusia2 yg masih tak tahu isu sebenar mengapa anwear di bebas kan..akan lebih paham!!!

Itu lah wajah anwar yg sebenar nya!!!!
Back to top
View user's profile Send private message
ababyl79
Newbie
Newbie


Joined: Oct 19, 2007
Posts: 4160

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 7:16 pm    Post subject: Reply with quote

bermula semenjak "demontrasi jalanan reformasi" yang dibuat oleh anwar dahulu...golongan gay ini keluar memperlihatkan diri mereka memberi sokongan pada anwar...pada masa itu juga merupakan kali pertama apabila golongan gay ini menjadi satu pengetahuan baru dikalangan rakyat tentang kewujudan mereka
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
elitefender
Newbie
Newbie


Joined: Feb 13, 2008
Posts: 182

PostPosted: Tue Feb 26, 2008 10:35 pm    Post subject: KERJA TERKUTUK ANWAR TERBONGKAR! Reply with quote

KERJA TERKUTUK ANWAR TERBONGKAR!
Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan. Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.

Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya. Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.

Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta. Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara. Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.

Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya. Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.

Pelik lagai ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.

Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia. Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah “BAPAK SEGALA KONSPIRASI”.

Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampot melumpuhkan ekonomi negara ini.

Seperti dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.

Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat. Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.


Ehsan : Koleksi Konspirasi Anti-Kerajaan
.
Back to top
View user's profile Send private message
ababyl79
Newbie
Newbie


Joined: Oct 19, 2007
Posts: 4160

PostPosted: Wed Feb 27, 2008 12:31 am    Post subject: Reply with quote

Bahagian 1
Kisah Mengenai "Anwar Yang Sebenar"


WALAUPUN sesetengah orang mungkin terperanjat dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain keanggotaan Umno, seorang pemerhati politik Malaysia yang tajam tidak akan berasa begitu. Dari banyak segi, beliau telah menjemput nasib yang menimpa beliau.

Beliau naik begitu cepat dengan mengesampingkan beberapa tokoh yang lebih kanan daripadanya, sedangkan prestasi beliau sama ada dalam Kerajaan ataupun dalam parti tidaklah luar biasa. Ciri-ciri yang memihak kepada beliau ialah kebolehan beliau berpidato dan kepandaian beliau menunggangi arus 'kebangkitan Islam'. Biarlah saya menceritakan sedikit beberapa pengalaman saya dengan beliau.

Saya tidak pernah kenal beliau dari dekat sebelum beliau menjadi anggota Kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir dalam 1983. Saya mengubah ideologi politik saya daripada sosialisme kepada Islamisme pada sekitar 1982 hingga 1986 apabila buku saya Hadis - Satu Penilaian Semula diterbitkan. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kemunculan Anwar dari aliran Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang agak lebih terbuka.

Tetapi tidak lama kemudian, saya mengalami beberapa peristiwa yang meyakinkan saya bahawa beliau seorang petualang politik yang besar. Saya mula mengesyaki beliau apabila dalam Jun dan Julai, 1986, Abim yang menjadi pertubuhan induk beliau membuka jalan bagi pengharaman buku saya itu. Kemudian, selepas Perang Teluk, akhbar tempatan melaporkan kenyataan beliau mengatakan Presiden Saddam Hussein patut digulingkan. Kenyataan ini jelas membayangkan kehendak-kehendak London dan Washington.

Pada 1993, atas cabaran umum Tun Daim Zainuddin dua tiga tahun sebelum itu kepada cerdik pandai Melayu yang beragama Islam supaya mengadakan suatu rancangan untuk membangunkan ummah, saya mengemukakan suatu rancangan untuk menubuhkan sebuah institut, bernama Institut Ibni Sina.

Rancangan ini dikemukakan kepada beliau bukan saja untuk menyambut cabaran dan mendapat sokongan beliau. Tun Daim kemudian memanggil saya serta bertanyakan adakah, pada pendapat saya, Perdana Menteri akan bersetuju dengan rancangan itu. Saya menjawab, tidak ada sebab Perdana Menteri tidak setuju, kerana itu juga hasrat beliau. Mendengar jawapan saya, Tun Daim berkata, "Baiklah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri".

Empat hari kemudian, saya menerima balik cadangan saya dengan keterangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrabim, yang pada ketika itu Menteri Kewangan, tidak bersetuju. Saya berasa sungguh hampa. Pada fikiran saya, Tun Daim sepatutnya memanggil saya serta membincang perkara itu semula.

Walau bagaimanapun, tiga atau empat hari kemudian saya berjumpa dengan Datuk Seri Anwar dalam suatu majlis jamuan Perhubungan Umno Pulau Pinang. Beliau memberitahu saya mengenai pertemuan dia dengan Tun Daim.

Lalu saya bertanya mengapa beliau membantah rancangan itu. Beliau menafi membantah. Tetapi saya tidak dapat berbincang panjang dengan beliau, kerana orang terlalu ramai, dan ramai yang hendak bercakap dengan beliau. Saya pun berkata, "Tidak mengapalah, Datuk Seri. Nanti kita bincang pada waktu lain," Saya tidak berbincang dengan beliau selepas itu, kerana saya tahu beliau telah mensabotaj rancangan saya.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
landak
Moderator
Moderator


Joined: Jun 14, 2007
Posts: 1596

PostPosted: Wed Feb 27, 2008 7:39 pm    Post subject: Reply with quote

heheh anwar yang busuk hati
Back to top
View user's profile Send private message
ababyl79
Newbie
Newbie


Joined: Oct 19, 2007
Posts: 4160

PostPosted: Wed Feb 27, 2008 8:38 pm    Post subject: Reply with quote

Bahagian 2
Kisah Mengenai "Anwar Yang Sebenar"


Tiga atau empat tahun kemudian, apabila saya berjumpa dengan Tun Daim, saya bertanya kepada beliau mengapa beliau menolak rancangan Institut Ibni Sina itu atas nasihat Anwar. Jawab Tun Daim, "Anwar berkata PM tidak setuju." Syak saya yang lama pun disahkan. Memang Anwar tidak ikhlas. Dia menggunakan Perdana Menteri untuk mengesahkan apa yang dia mahu dan menghalang apa yang dia tidak mahu. Ini suatu fe'el beliau yang diketahui ramai pegawai tinggi Kerajaan.

Pada 11 Jun, 1995, saya mengetuai kira-kira 70 orang rakyat Malaysia menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dengan tujuan untuk mengajak rakyat Malaysia berpandukan ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka. Seperti yang diketahui, sesetengah pihak berkuasa agama membantah penubuhan dan pendaftaran pertubuhan ini. Mereka juga menuduh kami 'anti-hadith' dan mengecap saya 'murtad'.

Namun, pada 9 Ogos, 1995 Pusat Islam menyambut saranan kami supaya mengadakan dialog. Malangnya, pada keesokannya (10 Ogos) akhbar tempatan menyiarkan kenyatan Timbalan Perdana Menteri menyatakan Kerajaan tidak akan berdialog dengan saya dan kumpulan saya. Ini bermakna Anwar telah menggunakan nama Kerajaan dan Perdana Menteri untuk menghalang penyelesaian masalah ini melalui berdialog.

Pada hari itu juga saya mengirim sepucuk surat atas nama Pengerusi Jawatankuasa Penaja JAM, mengkritik beliau, mengingatkan beliau kepada kata-kata yang menyetujui pendirian saya dari segi prinsip lima tahun dulu (dengan disaksikan oleh Ketua Umno bahagian Tanjong, bahagian yang saya anggotai, dan beberapa orang lain) serta memberi amaran kepada beliau supaya jangan berdusta dan bersikap pengkhianat. Para akhir surat saya kepada beliau berbunyi: "Saudara dulu seorang pejuang Islam yang patriotik dan anti-imperialis. Nilai-nilai keadilan dan kebenaran itu dua nilai yang amat penting bagi pejuang-pejuang Islam yang progresif. Saya harap saudara tidak mengkhianati prinsip-prinsip ini. Jika saudara menghianati, ketahuilah bahawa Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa! Anggaplah surat ini suatu nasihat yang ikhlas daripada seorang rakyat yang berniat baik".

JAM ditubuhkan, timbul balik tuduhan 'anti-hadis' oleh beberapa kalangan sehingga suasana di seluruh negara menjadi panas dan timbul desakan oleh kalangan ini supaya saya dan rakan-rakan saya ditangkap di bawah ISA. Pada waktu itu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir tiada dalam negeri dan Datuk Seri Anwar sebagai timbalannya, yang kerap bercakap untuk menghapuskan undang-undang ISA ini, patutlah menasihati kalangan-kalangan ini supaya tidak membuat tuntutan yang tidak munasabah seperti itu.

Malangnya, pejuang hak asasi manusia (yang sekarang mahu membuat reformasi!) tidakpun mengeluarkan sepatah perkataan untuk melindungi hak asasi kami. Sehingga Perdana Menteri pulang beberapa hari kemudian serta menasihati kalangan-kalangan ini supaya tidak gopoh menghukum orang lain, barulah keadaan kembali tenteram.

Inilah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang mendakwa dia telah dizalimi! Selepas melalui beberapa pengalaman pahit ini dengan beliau, saya tidak percaya lagi kepada beliau. Beliau adalah seorang petualang yang amat berbahaya. Saya juga telah memperingatkan Perdana Menteri kita dua tiga kali mengenai kepetualangan Anwar Ibrahim dalam surat-surat saya kepada beliau sejak itu.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
ababyl79
Newbie
Newbie


Joined: Oct 19, 2007
Posts: 4160

PostPosted: Thu Feb 28, 2008 1:34 am    Post subject: Reply with quote

Bahagian 3
Kisah Mengenai "Anwar Yang Sebenar"


Asian Political News, June 21, 1999
Kuala Lumpur

Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad said Friday he has become the victim of a conspiracy orchestrated by his former deputy Anwar Ibrahim to topple him, not the other way round. "Accusations that I conspired to overthrow Datuk Seri Anwar were nonsense...on the contrary, I became a victim of a conspiracy to topple me," he said in a presidential address to the ruling United Malays National Organization (UMNO) party's three-day annual general assembly.

"I admit I was quite naive as I did not believe that my deputy, a person I had brought into UMNO, whom I positioned in the party and the government, would try to topple me. But now, I have to believe this was what he did. He himself admitted it," Mahathir said. Mahathir spent most of his hourlong speech explaining to the party stalwarts why he sacked Anwar from his cabinet, then the party, last September. He said it was his "responsibility toward UMNO, Islam and the country" that he should tell the truth instead of "just running away" when UMNO and his leadership are being besieged.

Mahathir, who has until June next year to call a general election, was speaking in a politically charged atmosphere Friday because not only was it UMNO's first assembly since Anwar was booted out, but also because many believe an early election is imminent. Anwar's sacking sparked street protests unprecedented since racial rioting in 1969 and has sharply divided Malays, the backbone of UMNO's support. Mahathir admitted that convincing the public of Anwar's alleged sexual impropriety is a difficult task, given the former deputy's pious Muslim image. "If I want to sack my deputy, I would not choose a reason that is hard to explain or defend," he said, apparently suggesting the charges must be true, in his eyes at least.

Denying there was a conspiracy against Anwar, as the latter continues to charge, Mahathir said it was Anwar who brought his own downfall when he, against Mahathir's advice, decided to lodge a police report against the circulation of the controversial book "50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister." The book raised Anwar's alleged sexual misconduct. He said it was the police investigation, based on Anwar's own complaint, that led to Anwar being charged in court "by the public prosecutor, not the prime minister."

Anwar has since been sentenced to a six-year jail term on four corruption charges and is currently on trial on a sodomy charge. Five more sodomy and corruption charges are pending. Anwar has denied them all and charged they are part of Mahathir's own plot to stop him from challenging the prime minister's 18 years in power. Mahathir counter-charges Anwar conspired to unseat him by using the Asian economic crisis, and with the help of foreign governments and the media.

Anwar "saw the economic turmoil as an opportunity to take over the government...as a result, this leader asked his henchmen to raise questions on cronyism, nepotism, corruption and others."Anwar was even willing to be "a foreign puppet" to gain power, Mahathir said. "If I felt then that action against him was too harsh, today I am of the opinion that action taken against his misconduct is appropriate," Mahathir said.


COPYRIGHT 1999 Kyodo News International, Inc.
COPYRIGHT 2000 Gale Group
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
ababyl79
Newbie
Newbie


Joined: Oct 19, 2007
Posts: 4160

PostPosted: Thu Feb 28, 2008 2:13 am    Post subject: Reply with quote

Anwar dan Michel Camdessus(Bekas Pengerusi IMF) berpeluk peluk




Michel Camdessus pernah menjawat jawatan pengerusi IMF...beliau pernah dilemparkan Pie ke mukanya oleh aktivis anti IMF semasa persidangan IMF di Peranchis...dunia sedia maklum bahawa negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakej IMF sebanyak berbillion dollar bagi menyelamatkan ekonomi mereka jatuh lingkup...yang terkecuali ialah Korea...itupun kerana Korea mempunyai economic fundamentals yang kuat.

Nasib baik Malaysia tidak ambil pakej IMF...kalau tak kita pun ikut lingkup sama jadi lembu mereka...semasa Anwar menjadi menteri Kewangan kebanyakan polisi IMF di guna pakai oleh beliau yang terbukti banyak menjahanamkan peniaga Melayu.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
elitefender
Newbie
Newbie


Joined: Feb 13, 2008
Posts: 182

PostPosted: Thu Feb 28, 2008 11:29 pm    Post subject: Reply with quote

Elok sangat petualang ni kena KICK dari gomen... kalau tidak lingkup ler Malaysia.. berhutang dengan IMF... habis syarikat2 Bumiputera gulung tikar. Masuk pula syarikat luar control hasil negara dan apa lagi sedap le bangsat ni songlap wang Rakyat & Negara..
Back to top
View user's profile Send private message
mete
Newbie
Newbie


Joined: Feb 29, 2008
Posts: 9

PostPosted: Fri Feb 29, 2008 3:11 am    Post subject: Reply with quote

Soal Anwar bersalah atau tidak adalah perkara lama yang telah dinafikan dengan tegas dan jelas oleh Anwar.

apakah prosiding di mahkamah itu jujur dan telus?? semuanya telah terjawab sekiranya kita membuka hati dan minda untuk berlaku adil.

nilai proses perbicaraan sejak dari awal... Perubahan tarikh berkali-kali, saksi yang tiada kredibiliti, tindakan hakim yang bertindak sebagai pendakwa semuanya adalah bukti jelas perbicaraan itu perbicaraan politik oleh Mahathir.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Isu Hot Politik Malaysia Forum Index -> Politik Negara All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
Page 1 of 7

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.17 Seconds