BAYANGAN BARISAN NASIONAL TETAP MENEDUHI SELANGOR
Date: Monday, April 07 @ 14:07:52 MYT
Topic: Berita


Pertama kali jatuh ke tangan pembangkang yang kini menggelarkan diri mereka pemerintah setelah memenangi pilihanraya ke-12 lalu, Kerajaan Campuran atau parti Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Tan Sri Abdul Kalid Ibrahim, menyambut baik cadangan agar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) BN untuk dilantik sebagai Exco yang membayangi pentadbiran Selangor kini.

Ternyata tidak mudah sebuah peralihan untuk dilakukan. Bukan hanya dengan sekelip mata 'magic' boleh dilakukan. Apa yang pasti, BN yang menjadi pememrintah ulung negeri ini sebelum ini ternyata berjaya sehingga Kerajaan Campuran mengundang secara hormat penglibatan mantan-mantan wakil rakyatnya dalam pentadbiran baru negeri tersebut.

Tanpa bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh mantan-mantan BN yang pernah menduduki kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di Selangor itu, Kerajaan Campuran tidak mampu melaksanakan segala tugasan yang baru dipikul itu dengan cemerkap(cemerlang dan cekap).

Rakyat kini mula menilai segala tindakan dan keputusan yang diambil dan dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru ini. Sambil menanti-nanti janji-janji yang yang telah ditaburkan sebelum pilihanraya yang lepas berlangsung, rakyat mula bersuara.

Kegentaran agar tidak berlaku sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini memaksa Kerajaan Campuran ini meminta bantuan bekas-bekas ADUN untuk turut sama membantu dalam melancarkan dan menguruskan portfolio Exco Kerajaan Negeri itu.

'Exco Bayangan' yang terdiri daripada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) yang dilantik ke dalam Jawatankuasa Pembangkang Selangor, diketuai oleh mantan Menteri Besarnya sendiri iaitu Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Apa yang pasti, bayangan BN yang terus bersama Kerajaan Negeri Selangor akan menghasilkan kombinasi pemerintahan yang lebih lancar.





This article comes from Isu Politik Terpanas di Malaysia
http://www.isuhot.com/

The URL for this story is:
http://www.isuhot.com//modules.php?name=News&file=article&sid=363